18
Dec

Thank You, My Fiance

Diam tak diam, Bulan depan aku akan menjadi suami orang dah. Melangkah ke alam baru yang penuh dengan dugaan. Yang menjanjikan seribu perubahan dalam hidup aku ini. Kekadang aku merasakan aku tidak layak untuk ini semua. Banyak lagi kekurangan aku yang aku perlu atasi. Namun kehadirannya seakan2 tepat untuk diri aku ini. Mana taknya. Di saat2 genting ini, aku perlukan seseorang yang akan bersama2 aku melaluinya. Lalu aku tewas sekali lagi dengan cinta.

Yup, aku memanglah penulis cinta. Di blog pujangga aku selalu menulis tentang cinta. Cinta yang terlalu kompleks untuk kita huraikan. Terlalu rapuh bila melalui sesebuah ombak atau rintangan. Aku mengaku aku pernah mencintai. Namun aku tak pernah rasa dicintai. Itu yang membuatkan aku sugul dan mengalah bila ada saja perasaan dalam hati aku ni timbul rasa ingin mencintai. Aku memilih Futsal untuk aku cintai. Aku murung bila kalah, aku marah bila aku buat kesilapan dan aku menangis bila aku injured. Lama-kelamaan aku menjadi sekeras batu. Cinta yang datang, aku tepis jauh2. Biar mati cinta itu. hahaha..

Dia masuk kerja di Bank Islam pada Julai 2008. Namun aku mula mengenalinya selepas aku melihatnya naik ke office aku. Dari situ, aku hanya melihat saja dia berlalu di hadapan aku. Sungguh cantik wanita ini. Lengkap sebagai seorang wanita yang solehah. Ada tersemat dalam hati aku untuk memilikinya. Namun aku sedar keadaan aku tak layak untuk memilikinya. Adakah itu cinta? Aku tergelak kecil bila memikirkannya. Lalu aku lupakan hasrat aku untuk itu.

Keakraban kami bermula begitu pantas. Seakan2 dia memerlukan aku di setiap kali perjumpaan kami. Mana taknya, aku memang selalu lunch lewat dan tak sangka dia juga begitu. Sering juga kami makan bersama2. Teman dia shopping di The Store sebelah tu dan dia juga menemani aku untuk aku beli peralatan komputer aku. Pada mulanya aku ingat ini semua adalah persahabatan biasa yang selalu aku salah tafsir seperti aku ngan Laila dulu! Namun kali ni lain. Aku seakan2 selalu ingin keluar makan ngan dia. Selalu ingin temani dia bershopping. Entahlah, inikah permulaannya?

Namun, bila aku dapat tahu yang dia tidak disambungkan kontraknya dengan Bank Islam, aku gelisah sangat2. Aku macam tak nak kehilangan dia walaupun aku tahu yang kami masih boleh berkawan. Namun, aku sedar wanita yang baik seperti dia tak akan lama dibiarkan keseorangan. Barulah aku sedar dan tahu apa maksud Rhey bila dia bercerita tentang perkahwinan dia dengan isterinya. Labih kurang macam ni lah gak ceritanya. Dia tidak ingin melepaskan isterinya pulang ke kampung. Cuma aku kali ini tak sanggup bila dia akan berhenti dari Bank Islam dan aku tak dapat jumpa dia lagi. Lalu aku melamarnya.

Satu perbuatan yang aku sendiri tak percaya akan lakukan. Adakah itu cinta? Yang peliknya dia menerima aku. Adakah dia juga merasa apa yang aku rasa? Pada saat itulah aku mula sedar yang aku jatuh cinta lagi. Aku jatuh cinta dengannya sejak aku jumpa dia di office aku.

Thank you, my fiance.

Bookmark and Share
15
Dec

Gambatte

Urm.. Dah lama sangat aku tak menulis di blog nie. Seakan-akan aku telah jauh merantau. Sedangkan aku hanya di sini. Menanti hari bahagiaku. Bukan aku tak nak berkongsi. Cuma aku rasa seakan terlalu sibuk dengan persiapan, persediaan dan penantian itu. Percintaan singkat aku ngan tunang aku sekarang adalah sesuatu yang paling bahagia pernah berlaku dalam hidup aku. Bukannya apa, seakan-akan kehadirannya tepat dalam hidup aku. Kan3?

Well updated!

Status: Engaged. Aku bertunang pada 10.10.2009. Dengan sahnya aku menjadi tunangan orang. Banyak tanggungjawab yang akan kupikul. Sekarang ni aku dah ada hati yang perlu dijaga. Kebencian aku terhadap *** seakan-akan terubat.

Sambal F.C : Mutu permainan semakin OK. Aku berbangga dengan komitmen yang diberi oleh semua pemain. Terutama Ayol dan Ali yang tak mengalah walau mengalami beberapa rintangan. Satok & An semakin giat ponteng. Mungkin ada komitmen lain. Tak boleh salahkan mereka, nanti aku pun sama. Yang penting kepada semua players, aku berbangga dengan peningkatan ini. Korang semua telah buktikan yang korang boleh buat!!

Bookmark and Share
28
Sep

Perfect Love

AKU MANUSIA LEMAH,

SELALU TERJATUH,

BERBEZA AKU DARIMU,

KAU BERDIRI TEGUH,

AKU SERBA TIADA,

AKU KEKURANGAN,

DAN BILA KAU TIBA,

AKU HILANG DARI KEWUJUDAN,

SEMPURNANYA SIFATMU,

TULUSNYA HATIMU,

JUJURNYA NIATMU,

TINGGINYA KESABARANMU,

LEPASKANLAH DIRIKU

KERNA AKU TAK MAMPU

UNTUK MENANGGUNG SEBUAH CINTA SEMPURNA

DARIMU,

BUKAN AKU TAK PERNAH,

MENGERTI DIRIMU,

KU SANJUNG SETIAP CINTA KAU BERIKAN AKU,

HILANGKAN RASA ITU,

AKHIRKAN SEMUA,

DAN BILA KAU SEDAR AKU HILANG DARI KEWUJUDAN,

Bookmark and Share
25
Jul

Kehidupan Diteruskan..

Kadang-kadang aku lupa yang aku sebenarnya bertuah dalam hidup ini. Yerlah, aku seakan-akan memiliki segala2nya. Keluarga yang bahagia, pekerjaan yang menjaminkan dan aku juga perlu mencari apa yang tiada sahaja dalam hidup nie. Yerlah walaupun tak seberapa, aku yakin aku tetap betuah.

Dunia seakan2 manjadi medan menguji kita . Sedar tak sedar, banyak gak kesalahan yang telah kita lakukan dan tak kurangnya peluang kedua yang kita miliki. Seperti kata-kata pujangga, “Setiap apa yang berlaku, ada hikamahnya.”

Well, Julai akan berlalu dan Ogos pasti akan datang. Bulan yang penat bagi aku tetapi ini yang aku impikan sejak dari awal tahun lagi. Sambal FC telah banyak mengambil pengalaman dalam pertandingan. Aku amat suka walaupun kakiku injured kembali. Itu aku dah bersedia. Tapi yang penting, aku puas.

Well, my birthday is coming up! Tak sabar menantikannya.

GANBATTE SAMBALIANS

Bookmark and Share
21
Jul

I-Metro!! Zon Selatan!!

Wah! aku telah lepas gi main I-Metro Zon Selatan pada 18.7.2009(Sabtu lepas). Pergh! Bayangkan persiapan aku selama 2 bulan akan teruji pda satu tournament saje.

Bertolak pada Jumaat malam terus gi JB. Dengan penatnye.. Ayol yang drive. hahaha.. Pendekkan citer, kitorang sampai kat umah An kul 12:30 malam.. Anoh pun dah sampai. Kitorang makan, dan terus tidor!

Keesokkannye, aku terjaga dan aku teringat! IC! Ali bawak ic dia tak nie?? Aku tanya dia dan confirm dia tak bawak. Aku pun bergegas balik Muar balik dan nasib baik mak bapak aku ada kat Sg Gersik. Mintak diorang naik ke Ayer Hitam, aku tunggu diorang kat sana. Aku sampai dan tak lama kemudian mak bapak aku pun sampai. Cian diorang aku susahkan lagi. So, minum jap ngan diorang dan aku pun teruskan perjalanan kembali ke JB!

Seronok gak dapat main kat I-Metro nie.. Yang paling aku suka ialah, ada beberapa kelemahan dapat diatasi dan persefahaman semakin OK!

Yup! Kami kalah! 1st game kalah 1-0 dan 2nd game kalah 7-0!

aku bersyukur gak kerana dalam tournament kali ni dapat tunjukkan kelebihan kitorang dan kelemahan yang paling ketara. ini telah membuatkan aku membatalkan hasrat aku untuk bersara. malah menguatkan aku untuk terus berusaha dan yang penting melatih member2 aku untuk pebaiki permainan mereka. dengan pengalaman aku yang kecik nie, aku harap dapat membantu Sambal FC..

Well, tournament kali ni gak memberi aku satu pengajaran bahawa keakraban dalam persahabatan sangat penting walaupun dalam permainan seperti Futsal. Kalaulah ahli pasukan aku dapat baca blog nie, aku nak ucapkan jutaan terima kasih kerana selama ini memberi aku peluang untuk menjadi ketua korang dan menjadikan aku bersemangat seperti sekarang. Aku janji takkan putus asa untuk membantu korang semua.

GANBATTE SAMBALIANS!!!

Bookmark and Share
25
Jun

Mother’s & Father’s Day..

Kadang dalam hidup ini penuh dengan dugaan dan kadang-kadang kita lupa orang yang paling menyayangi kita.

Well, bagi aku, Mak dan Abah aku lah yang paling aku sayang dan hormati. Hehehe.. Aku selalu gelarkan parents aku sebagai Superman & Wonderwoman. Nak tahu apa akan jadi bila dua superheroes itu berkahwin? Maka jadiklah 4 orang raksasa, 4 Horseman, 4 Ukage! Hahaha..

Well, mak, abah.. kitorang semua sayangkan mak abah. Aku tak tahu nak bagi diorang apa masa ini. So, aku terlihat TV LCD ada sale kat tempat aku ni, aku tgk dan aku pun berkenan pada Toshiba Regza 32″. Tanpa teragak2 aku berniat nak belikan mak bapak aku TV nie. TV kat umah tu pun dah lama n perlu diganti. So, budget tahunan aku nak beli HP tahun nie aku beri pada pembelian TV tu khas buat diorang berdua yang aku sayang. Hurm..

Masa aku pasang TV tu, aku terlihat kat VCD lama yang masih terpasang kerana speakernya masih elok lagi. Betapa ketika itu aku memaksa mak bapak aku beli benda tu. RM2,000.00 tau. Diorang leh adakan untuk aku. Hurm.. Tak ternilai kerana aku beli TV ni pun tak sampai harga tu.

Bookmark and Share
22
Jun

hurm

Is your favorite colour blue,

Do you always tell the truth,

Do you believe in outer space,

Now I’m learning you.

Is your skin tenders mild,

Does your hair fold side-wise,

Did someone take a portion of your heart,

Now I’m learning you.

And if you don’t mind it tell me,

All your hope and fears and

Everything that you believe in,

Would you make a difference in the world.

I live for you to take me to a deeper conversation,

Only you can make me

And left by god, I’m for you,

And time you will do.

Bookmark and Share
21
Jun

Best giller!

Belajar dari setiap kesalahan yang kita buat, akan membuatkan kita lebih matang. Yake? Entahlah. Terlalu kompleks nak diperkatakan benda ni. teringat pada dialog dalam citer “KAMI”

“kadang-kadang orang buat kesilapan dalam hidup ini. dan kadang-kadang dia tetap ulanginya. apa hak kita nak hukum dia kerana kita juga akan melakukan kesilapan itu bila berada dalam keadaan dia”

Hurm.. nada keluh ini yang semakin aku buat tatkala aku ingin berfikir tentang jodohku. Kadang-kadang tak perlu aku pikirkan kerana biarkan je ia berlalu. Iteq dah semakin senyap biller aku bicara tentang adik dia sedangkan dia dulu yang beria2 suh aku berkawan ngan adik dia. Nah! aku dah jadi macam ‘hidung tak mancung, pipi tersorong2′. Nak marah dia pun tak leh kerana ini keputusan tuan punya badan dan mak dia. Aku pun tak kisah sebenarnya. Aku ON jerk. Hahaha.. Lagipun, semuanya akan berakhir kelak tatkala aku betol2 jumpa gadis lain kerana aku terpaksa lupakan adik dia. Terlalu banyak penghinaan dari minah tu yang aku tak sanggup nak dengar dan hadapi dia.  Just for Iteq, u still my friends. Don’t worry about it a shit. It’s not ur fault.

Well, aku lately dah macam orang giller. dulu Latif ada cakap yang aku ni lau kecewa jerk, aku akan kembali pada Futsal or bola. dah macam futsal or bola itu tuhan. hahaha.. tak macam tu. aku hanya ingin ketenangan. dan apabila aku main bola or futsal aku begitu lega dan tenang. terasa macam aku berada di alam lain dan aku suka time tu. jauh dari kekecewaan yang berlaku  yang bukan salah aku buat. so, that’s it. aku dah jelaskan.

Bookmark and Share
17
Jun

Life till 17.6.2009. 7:15 p.m.

Salam sejahtera,

Kehidupan aku sungguh bercampur-aduk lately. yerlah, banyak yang berlaku di luar jangkaan aku selama ini.

Love? bla.. bla.. try to be in a relationship.. again.. hahaha.. meet her after being dumb bay Aqila. Entahlah.. tak tahu nak cakap macam mana, kena laluinya. Dia accident semalam di Serting dan aku di Seremban. Ingat nak suh aku datang, tapi dia suh aku just be online. Dia nak luahkan jerk. So sweet biller dah settle, dia call aku kerana being there for her. Sedangkan aku di rumah jerk. huhu..

Financial? Aku baru kena haruk ngan mak aku kerana Maybank call dia suh bayar loan. Hampeh tol! Sedangkan aku nak bayar 22hb nie. Ngah gaji, kan?

Futsal? Aku baru nak setup team Bank Islam. Malam ni malam first aku organise game. harap2 jadi lah eak? Berdebar plak aku nie..

Aku rasa itu jerk kot. Lau ada pun, aku tak tahu nak tulis macam mana. busy lately. makin hampir ngan year end, aku kena prepare yang terbaik untuk department aku.

Bookmark and Share
11
Jun

Congratez Mr L @ Latif @ Petu

Kerana seorang kawan, aku sanggup melangkah ke Negeri Pahang yang jauh tu. Jadikan alasan jerk nie, Sebenarnya nak gak tgk tempat orang nie. Dah lama tak merantau jauh.

Sampai jerk umah member Mr L, dah habis majlisnya. Hampeh lambat aku nie. Mr L siap dah bukak samping dah. Tapi berjaya gak sampai umah dia. Alhamdulillah..

Siap leh perli aku lak eak? Hampeh tol! Tanya awek yang ke berapa? Rupa2nya dia merupakan pembaca setia blog aku nie. Hahaha. Bagus2..

Well, Mr L, aku malas nak cakap ngan ko aritu. Tapi for ur information, aku still solo lagi sejak aku clash dulu. Awek yang datang, seakan2 selang seli jerk dalam hidup aku. Aku tak mencari, macam mana aku nak dapat. Cuma sekarang nie aku prefer kawan jerk. Tahun ni target aku Championship! Aqila?? Dia mungkin aku terpaksa lupakan. Aku tak layak untuk dia. Heheeh.. Alasan eak? Aku tak nak hilang fokus lah. Memang aku suka dia tapi biarlah dulu.

Bookmark and Share