Archive for June, 2007

26
Jun

People i love the Most!

well, bulan ni aku diuji oleh Tuhan mengenai perasaan aku terhadap seseorang maupun sesuatu. First, my car breakdown. aku terpaksa meninggalkan kereta aku di bengkel lebih kurang sebulan lamanya. lau baca blog2 aku yang lepas, isteriku itu adalah kereta aku. hehehe.. tapi sekarang ia sudah ok dan aku akan jaganya dengan baik lepas ni. kewangan aku bertambah stabil setelah aku dah settle down di Seremban ni. well, for how long, i don’t know. Mgkn aku akan di’transfer’kan lagi, aku pun tak tahu. tapi walau di mana pun aku berada, aku akan berpegang kepada kata2 arwah atok aku, "kita akan berbalik pada kampung halaman kita. di situlah tempat ko curahkan pengalaman dan kudrat ko!" masih terngiang2 kata2 dia di telinga aku bila aku buat pertama kalinya aku keluar dari kampung halaman aku untuk menuntut di UiTM Segamat. Belum sempat aku nak balas jasa arwah atok aku, dia sudah pergi. teringat aku masa aku duk borak2 ngan dia lepas menebas kebun. dia selalu kata "lau ko dah besar dan naik kereta besar, ko balik kampung nampak atok jalan kaki balik. ko tak ajak atok naik keter, aku toreh tayar keter ko!" aku cakap aku pasti akan ajak dia naik. kerana dialah aku jadi sekuat ini. semangat yang ada ini datang dari dia.

bulan ni jugak berlalu sudah Hari ibu dan hari Bapa. aku tak ucapkan pun pada mereka. aku tak terkata untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu maupun Selamat Hari Bapa. yang sebenarnya aku amat sayang pada kedua2 mereka. yerlah mengenangkan dulu aku duk menangkan kawan aku jerk. aku pernah retak di kaki kanan aku dan doktor pernah kata untuk lupakan bola sepak, sukan yang amat aku gemari. tiada siapa datang menjenguk aku di rumah yang terlantar. tiada siapa yang ambil kisah tentang aku dan kaki aku yang mungkin tidak akan berlari lagi. siapa yang sentiaxa bagi semangat? dari orang yang aku tak sangka2 ketika itu, mak dan abah. for that, i love them for the rest of my life. walaupun aku kadang2 nakal dan melawan cakap mereka, tapi aku akan cuba ikut cakap mereka selagi boleh kerana aku ada visi dan misi aku sendiri. satu sahaja yang aku takkan ikut cakap mereka. well, guess what? perkahwinan. aku takkan kahwin selagi aku betul2 sedia.well, mak and abah. you two have to wait to get doughter in law. Mak.. Abah.. Anep sayangkan korang berdua!

well, balik kampung aritu aku tgk kat tray atas meja komputer aku di rumah ada surat. memanglah banyak surat. tapi yang menarik perhatian aku ialah ada kad jemputan kahwin. guess whose wedding is it? My ex girl. mgkn niat dia baik untuk menjemput. tapi kenangan pahit bersama dia buat aku tak boleh nak terima dia mahupun sebagai kawan kerana dia ada ego yang amat kuat dan aku sendiri yang terkenal sebagai laki yang berego sanggup letak jauh ego aku kerana dia, tapi dia tetap ego. aku tak salahkan dia dalam perpisahan kami. Tapi dia tak patut cerita yang bukan2 pada orang yang aku ni jahat sangat hanya untuk mendapat restu kawan2 yang dia membuat keputusan yang betul untuk membuang aku ke tempat paling hina di pandangan mereka. aku bangkit dan aku buang semua kawan2 yang otak mereka telah dikotori oleh my ex girl jauh dari pandangan mata aku kerana aku tak nak berada di tempat hina itu lagi. aku tak kata aku dah jumpa seseorang, tapi aku yakin keputusan aku untuk tinggalkan tempat hina itu amat tepat. jadi, aku buat keputusan untuk tidak akan datang dalam majlis dia. walaupun orang akan kata aku ni jahat n emosional. kerana bagi aku dia sudah mati dan tidak wujud lagi dalam hidup aku. mungkin kejam kata2 aku ni tapi melihat kembali keadaan aku untuk bangkit kembali dari penghinaan yang dia campak aku, aku tak sanggup melihat lagi dia. kerana di sebalik muka manusia dia itu, masih ada sikap yang sanggup buat aku macam tu walau aku dah berkorban separuh nyawaku untuk dia. for that, aku rasa hukuman yang aku nak buat walaupun aku sedar aku tak layak menghukum dia, tapi aku nak puaskan hati aku ngan seringan2 hukuman ialah tidak mengendahkan kehadiran dia dalam hidup aku. ‘just go to hell’. heheeh.. so girl, you have your life that i don’t want to know anything about it.

jahat ek aku ni? cakap kepada orang yang pernah aku sayang n cinta. well, she asked for it. saper suruh dia send kad jemputan? kerana kad tu aku putus dengan this girl yang baru aku kenal. For that i think it’s fair to me and her. dia adalah kisah hitam aku yang amat aku geruni selama ini dan sekarang aku dah berjaya buang kisah hitam itu dari hidup aku. ia mengajar aku untuk tidak memberi harapan yang tinggi kepada mana2 perempuan dalam dunia ini selagi dia bukan isteriku.

lari lak topik aku ni. well nak jawab soalan aku tu ialah, People i love the most, mak, abah, ayol, anoh, ali, Old Star F.C, MYHA, atok, nenek dan MBG8265. :)

25
Jun

SAYANGKU KEMBALI

ISTERIKU KEMBALI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

13
Jun

sayang…..

arini aku dapat berita yang amat menggembirakan aku yang selama ni ‘down’ jerk. aku dapat tahu yang isteriku akan dbenarkan keluar minggu hadapan. rindu aku padanya tidak terhingga. walaupun aku tak dapat menjenguknya selama dia di sana. sebulan lamanya. aku terlalu sibuk dengan kerja dan aku hampir tidak boleh tidur dibuatnya. kadang2 inilah yang dikatakan kita perlu hargai apa yang kita ada.