Archive for July, 2007

23
Jul

A chance, it’s all i ask for

well, dalam dunia dengan penuh pancaroba, aku tak terlepas dari melakukan kesilapan yang membuatkan aku sedar bahawa kita hidup kadang2 di atas, kadang2 di bawah. Jumaat lepas aku balik kampung. Gembira aku dapat balik kerana aku akan turun main Futsal ngan team asal aku dulu masa create team ni. Well, ada yang balik dari kem dan ada yang sudi luangkan masa dari family untuk join main ‘game’ ni. it’s an anniversary of my team. Tapi dah lama berkubur kerana komitmen dan hal-hal lain. Tapi aku pulang ada sedikit hampa kerana aku telah disalahfaham oleh seseorang. Hanya kerana ‘kesilapan’ lepas aku, aku telah disalahertikan dan sekali lagi aku dibenci. hehehe.. Seronok plak rasanya bila jadi mcm ni. Yerlah kadang2 kiter ingat kiter ni selalu akan dimaafkan dan diterima tetapi ibarat pasu yang pecah, walaupun digam balik pun dan di ‘repair’ elok2, masih tak sama. retak tu tetap kelihatan. Mungkin itu apa yang aku rasa sekarang. Well, i am who i am. Aku malas nak mintak penjelasan kerana ia pasti dari satu sumber. Lalu ngan hati yang hampa, aku menyarung kasut joging aku malam tu. Adik aku panggil aku giller kerana nak joging malam2. Aku nak buang sikap pemarah aku ngan joging. sekurang2nya ia kan membantu aku untuk fitness aku. Takut plak team aku nak buat game, aku tak fit. Well, it’s the right time. Dari aku meracau cuba tanya apa sebab buat keputusan mengatakan usaha selama ini bodoh@stupid, baik aku biarkan dia puas dan aku puas jugak. Sampai di court basketball high school, aku nampak kereta Honda ‘mayat’ yang mcm aku kenal. Well, the ghost! BONZER2! Tak sangka dia ada. Masih wujud dalam dunia ni. Team Bonzer yang selama ni berkubur kerana Bonzer1 meninggal dalam kemalangan jalan raya. Dah hampir 5 tahun aku tak jumpa dia. Tapi dia tetap mcm tu. masih pakai kereta yang sama dan masih terlekat ‘Bonzer’ di pintu keretanya. Aku ingat ia telah berkubur.Namun aku bukan keseorangan dalam dunia ini. Bonzer is still here, ya! Aku tegur dia dan dia ajak aku 1 on 1 dalam basketball. I beat him.

Perjumpaan dengan dia malam tu mengimbau kembali saat2 aku join team ‘bonzer’ ni. Yup. kitorang merupakan 3 orang bonzer. tapi tak lah terkenal but we stick with each other very well. Lau aku ada masalah, aku akan dibantu oleh beliau. Maklumlah aku masa tu student di UiTM. Keakraban kami hilang apabila aku dan Bonzer2 tidak dapat membantu Bonzer1 dan membiarkan dia mati di dalam kereta yang remuk habis. Dari situ, aku dah hilang kwn yang paling best. Inilah sebab aku guna username bonzer3 dalam hampir setiap email or kata laluan opis aku.

Dia sempat kata,"Ko kena belajar maafkan diri ko dan sedar bahawa Akbar@Bonzer1 meninggal dan dia tahu kiter tak harus salahkan diri sendiri. Life goes on."

Maafkan diri? Yup. Dan aku balik rumah dan mandi, aku tenung di cermin, for this moment aku akan tinggalkan masa silam aku. ‘Akuna matada’.  Bagi saper yang buang aku, percayalah aku tak ada di mana korang buang kerana aku dah pergi untuk teruskan hidup ini.

P/S: Boring plak aku. Team MYHA! Cepat lah start balik training!!!!!!

17
Jul

hurm

well, kadang2 biller kiter melalui hidup ini, kiter sering bertemu dengan pilihan. dan kiter terpaksa membuat pilihan yang betul. kadang2 kiter buat silap dan kadang2 kiter akan menyesali kesilapan yang berlaku.

it’s been two weeks that my ex girl kawen. entahlah aku gunakan juga perkataan itu walaupun aku pernah diugut sesuatu yang buruk akan berlaku. tapi kiter takkan lari dari kenyataan. hehehe..

teruk gak aku kenakan dia dalam blog aku yang lepas ek? entahlah.. lau dia kata kad yang diberi itu aku tak patut jadikan hal, cuma aku ingin datang ke sana seperti semua ex girl aku yang dah kahwin, aku akan datang ke majlis diorang. aku tahu sedikit sebanyak kehadiran aku dalam hidup mereka ada impak yang tersendiri. dan aku yakin pengalaman mesti ada kerana dari hubungan dengan diorang aku belajar apa erti kehidupan. aku redha ketentuan ilahi kerana aku terasa amat dalam bila berlaku setiap perpisahan sehingga skrg aku mudah rapuh untuk bangun dan teruskan hidup setelah gagal dalam segala hal. aku pasti pasti akan ada sinar bahagia.

just nak clear thing up. aku nak minta maaf pun tak guna kerana bukan aku je yang salah, tapi aku dah tak nak ada pape lagi ngan semua yang berlaku. aku nak teruskan sisa2 hidup aku ini dengan tenang dan tiada benci dari semua orang terhadap aku ini.

dunia ini takkan dapat berpusing kerana kalau boleh pun, aku takkan ubah apa2 kerana itulah yang mematangkan aku sekarang. matang ke>? boleh lah kot. aku dah pandai pikir masak2 untuk buat keputusan dan yang penting aku dah boleh letakkan keluarga dahulu sebelum diri aku. interesting!

well for ANGEL, u have your own life now. with someone that u take as a lifemate. ingat kata2 aku dulu? "Aku datang dalam hidup ko untuk ubah ko jadi baik. Bukan untuk aku, tapi untuk orang yang betul2 berhak!" Aku dah kata dan aku dah prepare untuk hadapi semua ni. perpisahan kiter, kebencian ko, kebencian kawan2 yang tak paham aku dan pemergian ko. hurm.. aku tahu kiter takkan bersama dan aku pernah cuba seluruh tenaga aku untuk pertahankan tapi takdir tetap takdir. aku tak salahkan ko maupun benci ko. tapi ko punya ego yang patut aku lunturkan kerana untuk ajar ko taat pada suami dan jgn buat keputusan melulu. good luck ANGEl! May god be with u always. Peace upon you.

11
Jul

Hadapi Dengan Senyuman

Hadapi dengan senyuman

Semua yang terjadi

Biar terjadi

Hadapi dengan tenang jiwa

Semua..Kan baik-bak saja.

Bila ketetapan tuhan

Sudah ditetapkan

Tetaplah sudah

Tak ada yang bisa berubah

Dan takkan bisa berubah

REFF:

Relakanlah saja ini

Bahwa semua yang terbaik

Terbaik untuk kita semua

Menyerahlah untuk menang.

04
Jul

Transformers

pergh! semalam aku gi tgk wayang citer Transformers. hehehe.. best giller! aku taks angka kartun yang selama ni aku tgk kat TV dah jadi realiti. gambari real!! cayalah!

02
Jul

stand for my right

tak sangka blog aku yang lepas ada lagi feedback. hahaha.. kali ni aku diugut plak jangan panggil Ex-Girl? hurm.. entahlah. aku tak tahu apa lagi yang dia nak. panggil aku cengeng plak lagi. apa yang dia nak buat lagi selain nak sakitkan hati aku ni. ada lagi ke untuk aku? entahlah.. dia kata lau aku guna perkataan Ex-Girl kat dia, hidup aku takkan aman. Entah apa dia nak buat ek? terasa mcm penulis berita di suratkhabar plak. dapat surat layang dari peminat yang tak puas hati. entahlah aku tak nak cari masalah lagi. cuma harap dia berubah dan jangan nak salahkan aku saja dalam perpisahan hubungan kami dulu. aku hanya berdoa dia bahagia dan berubah jerk. takder dendam langsung kat hati aku ni. lau aku pendendam, ramai dah ex gf aku yang akan aku dendami. tiada faedahnya. life goes on. mcm dia, dia dah ada suami dan mungkin akan ada family sendiri. lagipun, aku pun ada kehidupan aku sendiri. nak takut ke ngan amaran dia? lau benar, takkan kita nak takut, kan? aku di pihak benar ke? entahlah aku nak keluar dari kekalutan ini. mungkin dengan menulis di blog ini, aku akan dibenci. atau tidak. not important. aku tak nak jadi mcm dulu. diam dan tidak mempertahankan hak aku untuk bersuara. lau dulu aku hilang kawan2 aku kerana fitnah dan tomahan dia terhadap aku dan aku tak dapat nk protect diri aku sendiri. tapi sekarang tidak lagi. biarpun ada orang kata aku tunjuk pekung di dada. Dari ia terus meracuni hidup aku selama2nya, baik aku luahkan ngan kata2. aku tak mintak belas ikhsan dari dia. aku pun tak mintak dia untuk terima aku. just nak bagitahu aku juga ada cerita di sebalik apa yang dia cerita pada semua orang. mungkin kerana ni aku dia anggap masih berdendam dengan dia. tidak! lau ya, dia dulu cerita ngan orang lain pun dendam gak ke? just nak protect diri sendiri jerk. tak lebih dari tu. biar orang tahu cerita sebenarnya. tapi saper jerk yang tahu ek? yang aku tahu, semua yang akan baca adalah kawan2 aku sendiri. biarlah diorang tahu sejarah hitam aku. leh gak buat teladan bagi mereka kan? tak kisah lah lau dia nak buat pape pun. asal dia tak musnahkan diri dia sendiri. orang kata lau kita berdendam, kita akan membakar diri sendiri.

dahlah.. lupakan pasal dia. well, I-Metro Zon Tengah dan Utara telah tamat. tinggal Zon Selatan jerk. Mungkin team aku akan cuba nasib. mana tahu ada rezeki. kan? "Dunia ni sangat luas. cukup untuk setiap impian kita semua. Yang penting berusaha."

01
Jul

forgiveness

"if u want to proceed with yourlife, u must first forgive someone else before u can succeed."

kata-kata ini bermain di kepala aku on the way balik dari shah alam tadi. tak sangka apa yang aku tulis di blog yang lepas ada kesan bagi sesorang yang aku ‘care’ selama ni. aku mungkin buta kerana aku msh ingat untuk balas dendam kepada ex girl aku. tanpa aku sedari aku dah ada hati untuk dijaga dan dihargai. weekend yang lepas aku telah ke sana untuk bertemu dengannya setelah aku agak2 2 bulan tidak ke sana. yerlah kelab futsal aku di sana dalam proses cuti panjang, (season close). jadi tiada sebab aku ke sana lagi. ada sekeping hati yang patut aku appreciate tapi aku biarkan ia. well, she left me. and i think it is the best thing in my life for now. she said that maybe when i’m ready, she will be back. i’ve doubted it. but if she really wait for me, i will still accept her. for now, aku nak capai cita2 aku yang dulu pernah aku lupakan kerana mengejar cinta yang akhirnyer menjadi debu.

to cut it short! ramalan aku tepat. memang ex aku jemput aku untuk menyakitkan ati aku. tapi it’s too late. lau 2 tahun dulu, memang aku akan meraung kesakitan. yerlah orang yang paling aku percaya, adalah musuh yang aku paling takut selama ni. hehehe.. tapi dah 3 tahun berlalu dan tak sangka dia masih menyimpan dendam yang paling dalam. sedangkan aku dah ada di tempat lain. patutkah aku ber’main’ dengannya lagi? atau biarkan dia menjadi luncai yang terjun dengan labu2nya? hurm.. tak rasa paper pun hati ni. kenapa ek? entahlah..

cuma kesan yang aku masih terasa setelah aku putus ialah, aku semakin sibuk dengan aktiviti aku. kerja dan aktiviti luar seperti futsal n camping. sampai aku takder masa untuk diri aku sendiri. nak ada awek baru? huhuhu.. not now. tapi weekend ni paling best. aku spend ngan this girl like i never been happy before. mungkin ni yang aku rindu? spend with my girl? who? her? hehehe.. maybe. but the thing is she understand what i need. and she say she will wait for me. is she? tapi lau dia jumpa laki lain yang leh kawen ngan dia n make her happy, why not? she deserve it!

cuma satu jerk aku pening, kenapa ex aku masih nak sakitkan ati aku? aku ada buat salah ke? bukan ke dia yang kejar laki lain? aku masih setia ngan dia ketika tu. hurm.. what the hell, mungkin itu matlamat hidup dia. memang dulu masa aku ngan dia nak merancang perkahwinan kami, dia ada cakap nak jemput exbf2 dia yang banyak tu. tak sangka plak aku gak jadi salah sorang daripadanya. hehehe.. tapi aku tak payah datang. dah tak wajib. dia dah kata aku akan menyemakkan majlis dia jerk. ada kat mssg aku di friendster ni. hehehe.. dunia takkan berubah. tapi manusia yang akan mengubahnya. begitulah dia. aku paham dan aku biarkan dia. pasni lak mesti dia dapat anak, dia nak bagitahu aku lagi. hehehe.. mesti kelakar kan? so readers! wait for the sequal.. seperti T3’s quote, "She’ll be back!"