Archive for March, 2008

24
Mar

Inside Out

Entahlah..
tiba2 aku enjadi seronok ingin menulis. Hurm. Well, sejak hari Khamis, aku cuti
lajak sampai ari Isnin. Satu pengalaman cuti yang amat best bagi aku. Aku
gelarkan ia ‘traveling vacation’.
Yup, sungguh pun aku tak dapat pegi Terengganu, aku telah travel dari Muar ke
Sg Penchala, Damansara untuk hantar nenek aku pada Jumaat malam dan pada
keesokan harinya aku ke Kajang untuk berjumpa adik aku yang ada kursus di sana.
Dari Kajang, aku terus ke Batu Pahat untuk ambil sepupu aku yang ingin join
main futsal. Sabtu malam, aku main futsal macam biasa tapi dah tak mcm dahulu.
Ari Ahad, aku hantar adik aku ke Teluk Ramunia. Kami picnic di Batu Layar dan
aku singgah umah Cema. (Lawa umah dia. Sebelah umah tengku mahkota tu..). Dari
situ aku pun balik. Sesat plak sampai ke JB. Rupa2nya ada jalan dalam untuk ke
JB dari Kota Tinggi. Sedar2 je dah sampai Ulu Tiram. Apa lagi, cari highway
lah. Entah berapa kali bayar tol dan akhirnya sampai umah. Penat dan aku gembia
sangat. Best gak dapat jalan2.

Well,
mesti korang tertanya kenapa tajuk blog aku inside out? Well, citernye mcm ni.
Aku ada ajak An datang umah aku. Alang2 dia amik credit card, apa salahnya
tidur semalam kat umah aku? Kan? Nak dijadikan citer, aku ada ajak dia kuar
makan kat area Seremban 2. tapi hampeh dan kami berlegar2 di sana dan membuat
keputusan untuk makan Nasi Lemak Mambau. Sedap nyer. Tapi aku teringat kata2
Anuar(orang Tua), “Nasi lemak ni sedap tapi kurang satu jerk benda. Nak tahu
ape, kangkung,”. Lalu aku pun cakap, “Lau ada kangkung, taklah namanya Nasi
Lemak Mambau! Namanya dah jadi Nasi Lemak Melaka le.. Melaka je nasi lemaknya
ada kangkung, tau tak?!”. Bengong kan?Sambung citer ngan An tadi. Kami ada gak
singgah petrol station dan aku pun turun saja menyibukkan diri nak beli ‘jajan’
nak buat kunyah2 sambil tgk astro. Kitorang pun beli dan balik umah.

Sampai
umah aku pun lepak2 sambil berasa agak kekok ngan baju aku ni. Kenapa rasa
lain? Rupa2nya aku pakai baju terbalik sepanjang pejalanan dari dinner sampai
lah ke petrol station! Siyut betul! Aku duk sound An kenapa dia tak bagitau
aku, aku pakai baju terbalik.

Dengan
senyuman dia kata, “Ok gak. Orang tak perasan, malam gelap siyut!” . hahaha…

Well, wlu
tak sehebat mungkin lau jadi ke Terengganu, tapi it’s worth it. Aku byk spend
masa ngan family dan aku rasa doa aku selama ni telah makbul. Inginkan family
yang happy. Walau tak kaya, tapi happy. Aku bersyukur kerana aku mengambil
keputusan yang tepat dengan menyayangi family aku lebih dari yang lain. Thank
you, god for this blessing.

17
Mar

hurm..

Minggu ni
agak membosankan. Tiada apa yang berlaku. Tak main futsal kerana bebudak pegi
rumah kawen member yang tak menjemput aku. Jadi, haram aku pergi kan? Hehehe..
So, life going very slow for me. Kadang2 lau berterusan mcm ni mau mati gak
aku. Kehidupan yang membosankan. Tapi aku anggap ia sebagai waktu rehat bagiku.

Ada
cerita yang aku nak kongsi bersama. Hurm.. mcm mana nak mulakan eak? Oklah. Kan
ke result SPM dah keluar kan? Jadi, member aku ni adalah adik perempuan. So,
aku ngan gatalnya meminta nombor telefon adik dia untuk aku Tanya result dia.
So, aku pun kadang2 boring2 aku call dia. Alaa.. budak hingusan jerk. Saja nak
tgk bebudak ni pikir mcm mana. Aku pun ada adik yang baru umur 14 tahun. Lau
dia ada masalah, leh gak aku tahu cara2 mengatasinya atau aku dah tahu apa
diorang nak waktu umur mereka mcm ni. Nak dijadikan cerita, leh lak adik member
aku ni ingat aku nak ngorat dia. Hehehe.. Masih ada lagi aura jantan aku eak?
Masih ada yang goyang beb! Hahaha.. Dahlah. Aku malas nak layan sangat. Mau2
nanti ada balak minah tu(lau ada lah) pukul aku kang. Kesian minah tu kena
ulang alik ke hospital wad ICU. Isk.. Isk.. Takkan aku nak biarkan jerk budak2
belasah aku. Haahah..

Teringat
plak kat budak Terengganu yang aku sepatutnya datang melawatnya kerana dia
accident dalam perjalanan nak jumpa aku.(katanya lah). Malangnya kawanku si
Raksasa A, tak jadi pergi kerana mak mentuanya nak datang menjenguknya. Hampeh!
Tapi takper. Member aku tu dah confirm, aku ni yang lum tahu ujung pangkalnya.
Bagilah chance kat dia eak?

Lalu
teringat plak kat si Latip berkata,”Tak goyang, kan?”. Hehehe…

So, mcm
biasa mak aku duk perli aku kerana adik aku dah nak tunang tahun depan. Aku
jerk masih solo. Masih tiada sinar untuk beristeri. Hahaha.. Enjoy lah dulu
emak yea? Hahaha..

So, aku
leh jumpa member aku yang tiba-tiba suka sangat baca blog aku nie. Hehehe.. so,
apa lagi tinggalkanlah comment. Leh gak aku kongsi pendapat ke, pape ke, kan?

02
Mar

haha

Dari apa yang aku tahu, nampaknya blog aku agak famous. ada gak yang sudi meluangkan masa baca blog aku. huhuhu.. malu aku. hahaha.. poyo! just aku harap, tinggallah komen kat blog. pape jerk. leh aku wat homework or muhasabah diri.