Archive for April, 2008

25
Apr

Sometimes

Assalamualaikum,

Setelah seminggu aku menahan sakit kerana entah kenapa antibodi aku seakan2 lemah. Aku laluinya gak walaupun kadang2 ada gak nak give-up. Tapi aku give-up utk tahan sakit dan aku mengalah dan makan ubat. Hehehe..

Weekend ni aku dah Ok dan ingin teruskan kerja aku.

P/S: siyut ko, Cema. bagi komen mcm tu. tapi it’s OK. aku terima

12
Apr

31 March 1998 (10 years ago)

Ketika itu aku di Tingkatan 4. Aku masih ingat lagi yang aku duduk di depan sekali di kelas aku. Masa tu aku bersemangat sungguh nak belajar! Jadi, walaupun badan aku besar, aku tetap nekad nak duduk depan dan belajar. Nak dijadikan cerita, pada 31 Mac 1998, hari tu sungguh tenang dan ia tidak menunjukkan yang ia akan bertukar menjadi satu pengalaman yang sungguh aku tak dapat lupakan. Paginya seperti biasa aku ke sekolah dan pulang pada pukul 2:30 ptg. Sudah menjadi kebiasaan, pada petangnya iaitu pada pukul 3:30 ptg, aku akan ke sekolah kerana ada waktu ‘prep’. Walalupun aku tak diwajikan hadir pada waktu tersebut, tetapi itu adalah peluang aku membuat kerja rumah dan berbincang ngan kawan2 mengenai kerja rumah. Aku bercadang untuk pada petangnya ingin bermain bola dengan kawan-kawan kampung aku. Aku ada bercakap tentang plan aku ngan tut Midi , rakan sebelahku. Dia duduk sebelah aku semasa waktu sekolah dulu. Dia leh cakap, “Tak payah main lah petang ni. Baik ko lepak ngan aku duk tgk CD.” Aku cakap,”Malas aku nak tgk CD. Baik aku main bola sepak. Ada gak faedahnya. Lagipun, pemilihan dah nak dekat. Mana tahu ada luck dapat wakil sekolah?” Jadi, pada petangnya aku pun main bola sepak kat padang . Tanpa disedari member aku telah membengkes bola ngan kaki aku sekali gus. Mengakibatkan pegelangan kaki kananku patah! Aku cuba rahsiakan perkara ni dari mak bapak aku kerana diorang tak suka aku main bola sepak ni. Tapi aku degil! Inilah akibatnya. Malam tu aku tgh nak gi minum air kat dapur. Tak sangka plak mak aku belum tidur. Jadi, dia pun nampak dan dia call bapak aku yang sedang kerja untuk balik dan hantar aku ke Klinik. Aku pun dibawa ke Poliklinik Ehsan.(dah takder lagi doctor tu kot? Ada kes bunuh kata orang). Lupakan jerk lah. Doctor tu pun check aku dan dengan selamba dia cakap, “Kalau awak berfikir nak main bola sepak selepas ini, awak boleh lupakan lah kerana kaki awak takkan jadi kuat lagi mcm biasa.” Ketika itu, hanya tuhan je yang tahu aku punya kekecewaan. Masa tu seminggu aku tak ke sekolah. Seorang pun kawan2 aku tak lawat aku. Siyut betol! Hehehe.. masa aku dah boleh Jalan, barulah aku ke sekolah balik. Masa tu baru seminggu lebih. Aku paksa diri aku untuk berjalan dari rumah sampai sekolah. Umah aku sebelah jerk. Yang paling sakit ialah aku terpaksa berdiri kerana sekolah aku selalu tiap2 hari ada perhimpunan. Aku sja yang tahu sakitnya kaki aku sambil dengar seorang2 cikgu berceloteh. Waktu rehat, aku takkan ke kantin. Aku akan duduk di kelas smpi habis waktu rehat kerana kelas aku terletak di tingkat 2. yerlah ketika tu kan kaki aku masih belum pulih betul2. Begitulah hari2 aku lalui sepanjang proses pemulihan kaki aku ni. 3 bulan selepas tu, aku pun terus cuba bermain bola. Tapi aku taklah terus main bola sepak. Aku mulakan ngan main badminton dulu. Bagi kaki tu serasi balik untuk aktif. Dan pada 28 Julai 1998, di hari lahirku yang ke-16, aku turun kembali ke padang dan bermain bola sepak! Hari yang paling gembira bagi aku. Tapi ada perkara yang aku pelajari dalam hal ini ialah, Family aku adalah satu2nya yang beri aku semangat dalam hal ini, sedangkan member-member aku semuanya buat tak tahu. Aku masih ingat lagi masa Tamek amik bola di rumah aku dan ternampak aku terlantar di rumah. Tanpa menegur aku dia pun amik bola dan terus ke padang . Jika hati kita kuat dan tabah dalam melalui sesuatu dugaan, kita pasti akan berjaya! Aku pasti kerana aku pernah laluinya. Jangan putus asa. Lau aku putus asa, masa aku diberitahu oleh doctor yang aku takkan boleh main bola sepak lagi, aku takkan jadi mcm ni. Hehehe.. yang kelakarnya, bila aku tanya kawan2 aku kenapa dia tidak pernah menziarahi aku, rupa2 nya diorang bersependapat, kaki aku Cuma terseliuh jerk. Hampeh! Mentang aku dapat recover cepat, diorang igt aku tak sakit. Aku jerk yang rasa, tau tak? Tak kisahlah itu semua! Yang penting skarang benda tu dah berlalu dan dengan semangat itu aku tetap berusaha tanpa putus asa. Walaupun aku injured beberapa kali selepas tu, aku takkan mengalah dan terus bangkut kembali. Hehehe.. Anyway, ribuan terima kasih kepada yang memberi semangat kepada aku selama ni. Terutama mak bapak aku dan adik beradik aku. Peace ya!