Jumaat lepas big boss aku datang opis. Apa lagi? kena duk meeting ar. Aku ingatkan Branch kitorang teruk, tapi ada satu bucket tu kitorang leading tu. salah rupanya aku nye forecast. So, dapatlah aku duduk meninggi sket bila bos aku duk present slide Southern Region. Thanks member kat Jb tu ar yang banyak tolong last minute. Alhamdulillah..
Tapi aku tak berapa heran sangat tentang tu. Aku lebih fokus pada perpindahan akaun ke KL pas raya nie. Adakah aku kena transfer KL? Pergh! Perit beb! Susah aku nak berjimat lau macam tu. Kena tangguh lagi kawen. Hahaha.. Mesti si sue akan gelak nanti.
So, habis je presentation, aku terus tanya tentang status kitorang kat Seremban ni. Berita baik! Kitorang dijanjikan kekal di Seremban. Tambah lagi, aku mungkin akan di’transfer’kan ke Batu Pahat. Banyak memori aku kat sana. dah lah! Bukan itu yang aku nak pikirkan.
Lau ini menjadi kenyataan, maka yang pastinya aku mempunyai banyak masa untuk team Futsal aku! yahoo! Maka akan teruslah rancangan aku untuk membentuk team nie. Mungkin agak keterlaluan tapi ada suara2 budak nie yang teringin nak bermain di I-Metro nanti. Well, dengan pengalaman aku yang agak cetek ni, aku pun bersuara.
“Lau nak main ngan terhebat, korang sendiri kenalah hebat!”
Harap2 dipercepatkanlah perpindahan ni la. Dah mula terbayang aku turun training balik nie. Hari tu gi jumpa doktor, aku dah OK balik. Alhamdulillah..
Aku harap tiadalah masalah lagi dalam membentuk ni balik semula. Biarlah susah yang akan timbul di kemudian hari adalah menewaskan team lain.