Ku membenarkan jiwaku
Untuk mencintaimu
Ku persembahkan hidupku
Untuk bersama kamu
Satu hari seperti biasa aku mempunyai rutin yang sama. Aku sampai pejabat dan melihat kamu. Nah! Aku mula memandangmu yang seakan-akan menarik perhatianku, Siapa kamu? Kenapa kamu begitu menarik perhatianku?
Sebulan berlalu dan aku akur membenarkan kamu ke dalam hati aku. Aku tak kenal kamu siapa. Namun aku tetap yakin yang kamulah yang mempunyai kekuatan untuk menjadi teman hidupku.
Dan diriku untuk kamu
Belum pernah kumerasai begitu
Mungkin kerana aku tidak mempunyai sesiapa dalam hati ini, aku menerima kamu seadanya. Walaupun seringkali kamu memberitahuku tentang kekurangan kamu, aku tetap yakin kamulah jawapan bagi segala persoalan ini. Belum pernah aku merasai semua ini. Membenarkan diriku untuk mengejar impian yang tak pasti. Hanya berbekalkan keyakinan hati ini hasil solat istikharah.
Semua itu telah berlalu
Harapanku palsu
Dan mungkin hari yang satu
Terus ku tertunggu
Kepulangan orang yang kamu tunggu telah membuatkan kamu gembira. Terlalu awal untuk aku menyuruhmu buat pilihan. Sudah tentu kamu memilihnya. Siapalah aku untuk kamu pilih? Aku mungkin hanya angin yang bertiup. Kenikmatan sejuk dirasa dan akan berlalu sekelip mata. Namun tidak juga kamu memberitahuku untuk pergi. Seolah-olah masih ada harapan untukku. Aku tunggu kamu juga akhirnya. Aku berkata,”Selesaikan segala urusanmu dan aku akan sentiasa menunggumu di sini.”
Di hatiku masih kamu
Belum pernah ku ingin terus memburu
Menyerah kalah? Bukan masanya sekarang. Aku takut jika aku tak berusaha, aku akan menyesal di kemudian hari. Tatkala kamu smsku, aku anggap ia sebuah harapan. Harapan yang menandakan kamu masih ingat akanku. Aku suka kamu berlalu depanku walaupun tanpa memandang ke arahku. Sesekali aku menegurmu, kamu bercakap juga tanpa memandangku. Mungkin juga aku yang hanya bermimpi memilikimu.
Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu
Aku melihat gambar pacarmu. Nah! Kacak orangnya. Jauh meninggalkanku yang tidak hodoh, tapi masih punyai kelebihan. Dengan kekacakannya, tidak terperanjat aku ketahui kamu menunggunya untuk sekian lama. Sering juga kamu bercerita tentangnya tatkala kita di talian. Ada sedikit rasa cemburu di hati ini. Namun aku dah berjanji akan bersabar untuk kamu buat keputusan.
Namun aku tetap aku
Yang terbaik untuk diriku
Hanya satu
Hanya kamu
Tiada apa yang dapat aku janjikan untuk kamu. Hanyalah keikhlasan hati ini. Aku tidak pula mengatakan yang aku ini tidak akan memberikan kamu semua yang kamu ingini. aku akan tetap berusaha bersungguh-sungguh.
Ku membiarkan hatiku
Untuk merinduimu
Ku menghamparkan sakitku
Untuk tatapan kamu
Sesekali ingin sahaja aku memaksamu membuat keputusan agar aku boleh teruskan hidup aku. Aku ingin memberitahumu aku mencintai kamu sepenuh hati. Tiada apa yang dapat aku buktikan lagi. Kamu tidak membenarkan. Aku murung dan tiba-tiba marah. Marah pada aku mungkin yang membenarkan diriku mencintaimu, menunggumu. Aku hampa.
Bersamamu harapanku
Hilang dalam terang yang membutakanku
Kamu aku benarkan berlalu. Aku berlagak seperti aku tidak sakit melihatmu terus pergi. Ikutkan hati, ingin saja aku menahanmu. Namun aku yakin pada Tuhan yang inilah yang terbaik. Aku harap kamu sedar yang kamu untukku. Tatkala aku sujud solat istikharah, aku yakin kamulah yang terbaik.
Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu
Entahlah kenapa aku sanggup menunggumu? Mungkin aku bulatkan hati ini. Aku masih yakin kuasa tuhan. Sampai lama aku sanggup tunggu. Keikhlasan aku mencintai kamu.
Dan segala yang ku ada
Ku berikan semua
Untuk dirimu saja
Hati aku, cinta aku, akan keberikan pada kamu saja. Walaupun kamu tidak mempercayai sekarang. Aku yakin akan tiba masanya kamu akan sedar cintaku untuk kamu sekarang.
Ku mahu dirimu
Bahagia untuk selamanya
Biar sampai syurga
Aku menunggu cinta darimu
Agar ku sempurna
Sungguhpun aku mencintai kamu, aku harap kamu berbahagia di samping dia jika dia mampu mencintai kamu. Jika tidak, kembalilah pada aku. Aku akan sentiasa ada untukmu. “Jika kamu mencintai seseorang, lepaskanlah dia. Jika dia kembali, dia mulikmu.”
Falsafah ini yang aku pegang untuk memilikmu.