Archive for November, 2008

25
Nov

A dEaD LeG.

10 tahun dulu aku pernah terlantar kat dalam bilik aku. Menahan kesakitan. hurm.. Well, semalam aku kena lagi mcm tu.

Citer dia macam nie. Sabtu aritu aku ada main bola sepak padang. Dah lama aku tak main. Aku pun beria-ia lah main. Hehehe.. Amik ko! Ahad kaki aku dah mula sakit2. Tapi mungkin sebab aku dah janji nak datang umah kawen member aku. So, balik je kaki aku semakin parah. Nak tahan sakit punya pasal, aku tido awal malam tu.

Nak dijadikan citer, kul 1 pagi aku terjaga dan aku terpaksa menahan kesakitan. Kul 6 pagi baru aku mengalah. Itupun bila mak aku dah nampak aku pegang kaki aku. Dia dah agak memang aku sakit. Dia pun kata,

“Jom pegi kelinik. Ko ni aku suh jangan main bola, ko main gak.”

Aku pun pegi kelinik. Doktor mcm malas nak check kaki aku dan bagi aku ubat pain killer dan urat. Aku kena bergantung pada painkiller itu untuk tahan sakit tu. Malam tadi aku cuba tahan tapi kena gak makan. Pagi tadi aku tak makan gak. Ni dah mula sengal2 balik. Bila nak baik nie?

Hurm.. Baru team Sambal FC nak mengorak langkah seket. Aku plak injured. Harap2 aku leh lah tahan. Target I-Metro beb! huhuhu..

 Comel tak? Ini adik kawan aku. Bukan awek. Hehehe.. Tak dapat jack gua nak couple ngan dia.. Budak2 lagi.. Nanti bila dah cukup point, aku citer kat sini.

Well, minggu ni confirm aku takde chance ngan budak ganu tu. It’s over! Hahaha.. Aku tak datang majlis akak dia. Huhuhu..

18
Nov

Ntah le..

“Sejuk giller air-cond nie.”

Tersengeh plak aku bila cakap mcm tu. Dulu masa air-cond nie rosak, aku duk mengata jerk bank nie tak nak repair air-cond. Harap je untuk juta2. hahaha.. nie aku demam, air-cond ni nak saje aku tutup. Tapi kesian plak kat bebdk nie. Kepanasan plak nanti. So, aku pun terpaksa mengenakan sweater aku nie. Sweater adik aku, Ali punyer. Aku menggunakan kuasa vito aku untuk dapatkan sweater nie. Hehehe.. Tak sangka ia byk bagi aku kesenangan sket. Lau tak, mau kesejukan aku kat opis nie.

 

Minggu lepas agak kucar=kacir idup aku. Mana taknya asyik kena kutuk je ngan bebudak nie setelah Man U kalah. Tapi Sabtu ni terubat sket kerana Man U menang ngan Stoke 5-0. Tak kiralah team lemah ke ape. Janji Arsenal pun kalah ngan Stoke tempoh hari kan? Tapi Liverpool & Chelsea pun menang gak. Itu yang tak best tu. Nothing change.

 

Sabtu tu gak team Sambal FC takde friendly ngan mana2 team lain. Main sendiri2 jerk. Urm.. Tapi best lah gak. Aku jer yang demam tapi still main. Aku lau aku tak main, diorang pun tak main. Pening aku. Tak reti nak berdikari. Hahaha.

 

Cinta? Bosanlah plak aku nak cakap pasal benda nie. Terasa macam aku dah mula muak nak bercinta lagi. Tapi Sabtu mak aku gi beli barang hantaran adik aku, Ayol. Dah beria2 plak nak kawen budak nie. Baguslah mcm tu. Tapi tak pasal2 Tamek pun nak bertunang gak. Tak nak kalah lh tu eak? Aku? Still OK jerk. Masih bergerak secara solo. Ahad aritu akunye kaki sakit giller! Terus mak aku cakap,

“Ko cutilah 6 bulan dari main bola..”

Naik giller lau aku kena laluinya lagi. 10 tahun dulu aku dah rehat 3 bulan ape. Takkan nak rehat lagi? Kan? Semalam aku nak balik Seremban, OK plak kaki nie. Mungkin ia perlu berehat kot? Hehehe. Mau taknya. Demam2 pun aku bantai main futsal. Nasib baik tak collapse.

Teruk gak aku kena perli ngan mak aku. Ditambah plak ngan pak ngah & mak ngah aku. Pedih telinga nie. Tapi aku maintain. Layankan je.

 

Bengang plak aku tak dapat nak ke Terengganu minggu nie. Member aku plak ada hal. Takkan aku nak gi sorang2? Tak larat aku beb! So Farah, abang takleh pegi. Sorry ya? Mesti minah tu marahkan aku. Beria2 berjanji nak datang tapi hampeh!

 

Aku harap cita-cita aku jadi kenyataan. Sambal FC semakin mantap.

 

“Kegemilangan bukanlah tanpa kegagalan tapi bangkit dari setiap kegagalan. Itulah kegemilangan…”

10
Nov

Part 3…

Ada sekali tu aku pernah menulis di blog aku yang menerangkan tiada sebab untuk kita menyintai@suka pada orang. Aku mencari gak jawapannya walaupun aku ngan dia dah tiada lagi apa-apa kerana aku jua bingung kenapa aku boleh jatuh cinta padanya pada masa yang singkat. Pagi tadi akak opis ni ada bagi aku email yang mungkin melerai kekusutan aku ini.

 

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami.

Ini dialog mereka…

Isteri :Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami :Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang cintakan Sayang.

Isteri :Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami :Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri :Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki yang tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata:

“Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.

Surat tersebut berbunyi begini:

Sayang, jika disebabkan suaramu, aku menyintaimu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu…. sekarang bolehkah engkau melangkah?

Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab?

Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”

 

Tapi aku terpikir, adakah patut soalan itu ditanya? Yang penting di mana kita sekarang dan adakah cinta itu milik kita? Hargailah apa yang kita ada.

09
Nov

MiNgGu Yg HaMpA

MiNgGu LePaS AmAt MeNgEcEwAkAn AkU. BuKaNnYa ApA, M.U KaLaH LaGi. TerNgIaNg2 JuGaKlAh BiLa AdA OrAnG KaTa MuSiM NiE BuKaN M.U MeNaNg. HaHaHa…. MuNgKiN KoT Tp AkU BeLuM Nk MeNgaLaH LaGi. LaK 2, AkU MaIn FuTsAL PuN KaLaH GaK. HaMpEh BeToL!! TeRrOr BeBuDaK tu. Tp ApA Nk BuAt? ByK Yg KeNa ImPrOvE Lg. LbH2 Lg BhGn DeFeNd. ByK Lg RuAnG Nk ImPrOvE. HrP2 DiOrG LeH ImProVe On TiMe.

 

CiNtA? MaK AkU DuK BiSiNg TnTg PeRtUnAnGaN AdiK AkU. xSbR2 pLaK AdIk aKu NiE. XkAn LaRi GuNuNg DiKeJaR. SeNaNgLH AkU CkP EaK? BkN AkU Yg Nk TuNaNg. HaHaHa.. LaK Tu MaK AkU LeH CaKaP,

“Adik2 ko semua cari sendiri, nep. Biarlah ko mak yang carikan.”

HaHaHa.. BeNdA Yg PaLiNg AkU MaLaS NaK DgR Dh terKuAr DaRi MaK AkU. MaLaS AkU Nk PiKiRlAh.

03
Nov

Permulaan Baru. 3.11.2008

Siut ar. Aku tak tahu nak menidakkan lagi bila orang kat aku ni jiwang. hurm.. Mana taknya, aku baca balik apa yang aku tulis di blog memang ada unsur-unsur cinta. hurm.. That’s me. Aku memang sebelum ini mencari cinta. Tapi akhirnya aku gagal gak. Baru-baru ni jerk. Yup. She left me.

Tapi yang aku nak herankan. she left to her BF. Aku ni just peneman sunyi jerk. hahaha… Padan muka aku. Tapi tak kisah lah. Aku tahu dia dah ada BF tapi aku yang nak beria-ia approach dia. Tapi kan, ‘pokok takkan bergoyang jika takde angin’. Dia pun bagi respons. Ada ke aku yang salah kerana approach dia? Dah dia layan, aku pun layan ar. Aku tanya elok-elok, tak nak ngaku. Kata ada peluang lah, apa lah. Pening aku. Semua perempuan macam ni ke? nak pasang spare bila ada problem ngan BF? Payah nie. Masakan air sentiasa tenang, ya tak? Persetankan lah!

At least now i know the truth. Aku OK je. Cuma timing dia je yang tak betol. Hurm.. Dia bagitahu saat aku ngah dalam tournament Futsal. Mana aku nak tentu arah? Mahu aku gila dibuatnya. Hahaha.. Kalah beb 1st game. 4-2. Pergh! Tapi aku cepat recover. Game seterusnya aku dapat fokus dan team menang.

Well, sekali lagi Futsal menjadi penyelamat aku. Lau tak, mana aku nak pergi or buat bila dapat message minah tu. Tak tenang beb. Semalam cakap lain, arini lain. Agak2 ar. Dahlah aku kena buat pilihan & dengan apa dia kata, aku pilih dia. Laktu senang2 kata nak belah dan aku yang salah. huhuhu..

Sua Rasa kat Muar menawarkan pertandingan Futsal dan team baru aku, Sambal FC telah menyertainya. Pergh! Mula-mula aku ingat tournament ni tournament biasa. Team akan balik awal. Kalah semua game. Tapi, akhirnya aku rasa aku telah ketemui pasukan yang best. Semangat diorang amat tinggi ketika ini. Seperti aku jua. Diorang dengar segala arahan aku dan sering menegur aku apa aku nak buat. hurm.. That’s a good sign. Tu yang buat aku bermain mati-matian dalam game ke-2 dan ke-3. Aku tak boloskan satu gol pun. Ya, kitorang tak layak ke peringkat seterusnya dengan hanya perbezaan gol. Satu gol yang aku lepaskan kerana pikirkan minah tu. Aku rasa aku nak sujud je kat depan semua ahli pasukan kerana berbuat demikian, Kerana aku, pasukan tidak layak. Benda dah lepas. Aku berjanji akan berusaha lebih kuat untuk team ni. Target seterusnya, aku nak pergi next round. Aku takkan putus asa kali ini.

Terima kasih kepada pencipta game nie. Sekurang2nya aku dapat lupakan kegagalan ini. Aku takde sape aku nak luahkan. Member2 semua busy. takde masa nak layan aku. Hanyalah game nie. I love the game.

Setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Yup, I failed, but I will be succed next time. I promise.

02
Nov

Bila Rasaku Ini Rasamu

Aku Memang Terlanjur Mencintaimu
Dan Tak Pernah Ku Sesali Itu
Seluruh Jiwa Telah Ku Serahkan
Menggenggam Janji Setiaku

Bagaimana aku hendak nyatakan lagi? Aku memang menyintai kamu walaupun aku tahu kamu tidak mungkin dapat menerima aku sebegini rupa. Dengan harapan yang aku bina sendiri, aku cuba bersabar untuk menanti kamu membalas cinta aku ini. Tak salah jika aku mahu penjelasan.

Kumohon Jangan Jadikan Semua Ini
Alasan Kau Menyakitiku
Meskipun Cintamu Tak Hanya Untukku
Tapi Cobalah Sejenak Mengerti

 

Ya. Aku sedar kamu tidak diterima kerana kekasihmu telah kembali tetapi ia bukan alasan untuk kamu menyalahkan aku sepenuhnya. Kamu juga memberi aku harapan. Aku tidak kisah itu semua. Aku boleh menerimanya dengan hati yang terbuka dan aku akan Jalani hidup aku seperti biasa. Seperti perpisahan biasa, pasti ada yang bersalah bila berlaku sesuatu. Dan perkara ini bukanlah yang terkecuali. Sekali lagi dalan hidup aku, aku disalahkan. Seperti orang yang sudah berpengalaman, aku dapat absorb semua itu. Namun, kamu tidak dapat maafkan aku? Kenapa? Apa salahku? Salahku hanya menyintaimu?

Bila Rasaku Ini Rasamu
Sanggupkah Engkau Menahan Sakitnya
Terkhianati Cinta Yang Kau Jaga

 

Lalu aku terpaksa berterus-terang dalam hal ini yang aku agak kecewa. Namun, lambat laun aku akan hadapinya juga. Kenapa kamu seperti tiada hati untuk mengerti aku? Tidakkah kamu sedar betapa sakitnya hati aku ini bila kamu memberitahu aku untuk back-off di saat-saat aku tengah berjuang? Aku hampir putus asa dalam game tersebut. Hendak saja aku berdoa untuk kamu rasa semua ini. Bagaimana kamu hendak laluinya? Sekurang-kurangnya aku tahu bagaimana hendak buat kali ini. Tetapi ia mustahil, kan ?


Coba Bayangkan Kembali
Betapa Hancurnya Hati Ini Kasih
Semua Telah Terjadi

 

Apa yang aku boleh harapkan kamu fikir balik apa yang berlaku. Pokok takkan bergoyang jika tiada angin. Cuba kamu fahami hati ini. Betapa sakit dan hancurnya hati ini. Bagi aku, semua yang berlaku adalah takdir dan aku akan terimanya seperti mana aku menerima kamu dalam hidupku dulu. aku doakan kamu berbahagia dengan suami mu itu dan jagalah dia seperti kamu menjaga benda yang paling berharga dalam hidup. I wish u good luck.

She’s out of my life