Archive for December, 2008

26
Dec

Berusaha Mati-matian

Lately, lepas je aku balik dari bercuti ke Utara tu, aku macam teringat masa lepas aku. How’s life is very exciting that day. Aku macam rasa immortal. Semua aku berani buat. Dengan hanya berbekalkan keazaman dan keyakinan, aku mampu lakukan apa saja. Teringat masa aku sekolah dulu. Dulu aku bersekolah di sekolah yang agak kompetitif. Setiap tahun kami akan dinilai dengan keputusan periksa akhir tahun. Ada satu tahun tu aku duk belajar & alhamdulillah aku masih layak berada dalam kelas pertama. Lama gak aku pertahankan setiap tahun untuk berada dalam kelas tu. Tapi suku tahun ada test yg aku kena hadapi. Aku lulus cukup2 makan jerk. For the 1st time of the school history, mereka telah membuat pertukaran kelas pada tahun yg sama. So, dengan keputusan itu, aku terpaksa turun kelas.

Malu gak aku ngan kawan2. Maklumlah aku bertiga saja yang kena turun kelas. Aku tak layak untuk berada dalam kelas tu kata cikgu. So, instead aku jadi macam bebudak lain yang mengadu pada parents diorang, aku nekad akan score giller2 dalam test akan datang. Nak naik balik kelas, aku kena score 90% dalam test tersebut. Aku neka dan study hard.

So, hari yang aku tunggu telah tiba dan pendekkan citer, aku telah berjaya score! Yup! Aku berjaya naik kelas balik. For the first time of my life, aku terpaksa berusaha sungguh2 untuk berjaya.

Banyak yang telah berubah dan aku pun berubah. Yerlah, aku dah tak macam dulu. bertambah gemuk! Hahaha.. maksud aku, aku dah tak mcm aku berusaha sungguh2 untuk dapat apa yang aku nak. Well, aku hanya banyak berserah sahaja. Tournament I-Metro tahun ni aku nak masuk. Aku dah ada team yang best. Tapi, aku seakan2 gementar sket. Bukan aku tak yakin team ni, tapi aku tak yakin pada diri aku sendiri. Boleh ke aku buat? So, nak dijadikan citer, masa aku baru balik dari bercuti, aku terserempak ngan member aku satu sekolah dulu. dia merupakan pelajar yang aku duduk sebelah masa aku kena turun kelas tu. Dia kata dia kagum ngan aku yang berani berusaha dan tak ambil Jalan mudah ngan bagitahu mak bapak aku suh kecoh2 kat sekolah suh naikkan aku ke kelas atas balik. Dia kata dia selalu gunakan aku sebagai pemangkin semangat dia bila dia gagal. Pelik aku. Nak tergelak pun ada. Hahaha..

So, dengan tu, aku perlu berusaha lebih kuat lagi! Kalau pun gagal, aku berpuas hati kerana aku dah bermati-matian dalam tournament tu.

21
Dec

Back At Work

Seminggu aku cuti. Dari Perlis, aku ke Langkawi,singgah Cameron Highland jap n terus ke Muar. Yahoo!

09
Dec

Kuat Ke Aku?

Well, semlm aku ada duk baca blog member aku, sue(bukan nama sebenar). Sedey gak aku baca blognya kali nie. Penuh ngan tanda tanya dan tangisan. Kadang2 hidup ini pelik. Ada orang yang didatangi ngan pelbagai masalah yang pasti memeningkan kepala. Kadang2 masalah jauh sekali hadir dalam hidup orang tu. Sedar tak sedar, kita juga tergolong dalam situasi itu. kan?

Kadang2 kita perlu bersedia dalam menghadapi masalah yang akan mendatang. Bukanlah aku setuju untuk korang semua menilik masa depan. tapi just menganggarkan saja. Supaya ia boleh sekurang2nya meringankan sedikit bebanan yang akan dialami nanti. Itu konsep aku. itu mungkin yang dikatakan su sebagai aku ni kuat menghadapi masalah bila kalanya aku sering dikhianati oleh perempuan yang kononnya mencintai aku. Aku terima dan aku berlalu begitu saje.

Sebenarnya aku lebih banyak habiskan masa ngan Futsal aku nie. Dulu masa MYHA masih tersohor, aku sering mengelamun untuk menjadi first choice keeper untuk team itu. Aku rela lakukan apa saja termasuk menerima untuk putuskan hubungan ngan gadis yang baik sangat. That’s me. Nasihat aku kat su, lau nak sesuatu hubungan itu kekal lama, kita kena korbankan sesuatu yang kita nak. Macam aku korbankan kekasihku demi Futsal. Mesti ada orang kata mengarut but that’s me! Aku masih ingat lagi masa aku nak ada relationship ngan officemate baru aku nie. member aku tanya adakah dia boleh terima futsal aku sekali. aku tergamam dan aku pun batalkan hajat untuk teruskan hubungan itu. Aku ada target untuk ini dan aku akui akan perlukan juga wanita dalam hidup aku nanti.

Sekali lagi su, ko yang kena kuat. Jangan amik sesuatu dengan mudah. There is no easy task. Tiada jalan mudah. ko kena duduk dan selesaikannya dulu sebelum ambil keputusan untuk give up. Apabila kita give-up, kita dah kalah n u’re a looser! Damn looser! Biar kalah melawan.

Sambal FC- Ali n Wo memuaskan hati aku dalam posisi masing2. Aku akan didik diorang berdua lagi.

02
Dec

MiNggU Yg TeNaNg..

Dah lama gak aku tak tgk game Man U secara serius. Yerlah, aku dah mula give up nak tgk Man U menang BPL. Nampak macam laluan semakin sukar. Dah jadi macam biasa balik. Yerlah, title contenders dah jadi terbuka kembali. Chelsea seakan2 dapat berada di persada liga agak lama. Ada kualiti. Liverpool? Hurm.. Pasukan yang mengejutkan aku. Padahal takde apa yang boleh dibanggakan dalam team nie. Tapi mungkin dapat memberi saingan. Kan? Hurm.. Arsenal? Mungkin dapat memberi saingan sedikit sebanyak. kan? Macam biasalah. Man U? Mereka perlu mengekalkan langkah kemenangan. Berharap pasukan Chelsea & Liverpool tersilap langkah. Mereka tidak berpengalaman dalam mengekalkan form. Macam Arsenal last season jerk. Harap2 lah. Hehehe.. Marah plak nanti peminat team lain. Aku just bagi statistik jerk.

Cinta? Haha.. Ahad lepas aku teman adik aku pilih cincin tunang dia. Lak tu sempat gak mak aku duk recommendkan aku kat orang yang nak gubah hantaran tu. Hampeh! ingat aku tak tahu taktik dia. Tension plak aku. Agak2 ar nak pressure aku. hehehe..

dahlah untuk minggu nie. Takde citer sangat. Just nak teruskan form menulis aku nie. Aku duk sibuk kat MS jerk nie. Nak tolong Ali jap. Harap2 OK lah.