Archive for January, 2009

27
Jan

Sorry 2009

Tak sampai sebulan lepas 2009, aku dah terpaksa meminta maaf pada orang. Memang susah nak paham, tapi ia terpaksa aku buat.

First, aku minta maaf pada all players of Sambal FC. Aku tak berapa perform pada I-Metro yang lepas dan membuatkan kita kalah. I’m really sorry. Banyak sangat complication yang berlaku. Aku akan tebuskan segalanya di lain tournament.

Second, aku minta maaf pada F.A. Aku tahu kau memang ingin kembali pada aku. Tapi kau dah bertunang dan kau akan berkahwin. Yup! Memanglah kau salah paham dulu tentang aku n aku dah pun maafkan kau. Tapi, cinta aku pada kau sudah tiada lagi bersama aku. Ia pergi tatkala kau meragui aku dulu. Sorry, maybe we are not meant to be together. Pergilah bina hidup baru kau ngan dia. Mungkin dia lebih baik dari aku. Dia tak bersalah untuk kau hukum dengan membatalkan perkahwinan kau ngan dia di saat akhir.

Third, sorry pada S.Z.Z. Aku tak bermaksud untuk hadir di tengah2 hubungan kau ngan BF kau. Aku hanya menjadi kawan kau saja. Bukanlah aku nak kau terus bersedih dengan apa yang berlaku. Aku dah terangkan hal sebenar kepada BF kau. Bagi dia masa dan barulah pujuk dia kembali. Aku akan diamkan diri mungkin untuk selama2nya. Mungkin kemesraan antara kita buat dia kurang senang sedangkan tiada apa-apa antara kita. Masakan aku boleh mencintai kau sedangkan hati aku hanya untuk Futsal. Sorry, Walaupun aku tahu ia tak memberi apa2 kesan.

Sungguh complicated semua ini. Kenapa aku berada di tengah2 ini semua? Kadang2 aku nak saje pergi jauh sangat. Jauh dari semua ini. Permasalahan yang aku sendiri tak paham kenapa ia perlu berlaku.

21
Jan

Salah ke Jika Benar Ia Cinta?

Kadang2 dalam hidup kita ini sering didatangi dengan pelbagai situasi. Dari yang kita jangkakan dan juga tidak dijangka. Seperti contoh aku pernah menonton drama yang dibintangi oleh Fasha Sanda yang dia jatuh cinta dengan bapa kawan dia sendiri. Mesti sesiapa pun tidak menjangkakan ia akan berlaku kan? Yelah, dari kita berkawan ngan member, kitakenal dan secara tidak sengaja jatuh cinta ngan bapa kawan dia.

Ada juga yang berlaku apabila kita jatuh cinta dengan adik kawan sendiri. Bertahun2 kawan dan secara tidak sengaja jatuh hati pada adik member. Sukar untuk diterima akal tetapi itulah yang berlaku sekarang. perkara yang tidak dijangka boleh berlaku. Bukan bagaimana kita nak halang benda itu berlaku yang penting, tetapi bagaimana ingin laluinya jika ia berlaku.

Bayangkan kita di posisi seorang lelaki yang berkawan ngan member baik dan secara tidak sengaja jatuh hati pada adik member itu. Member tidak kisah kerana yerlah mungkin sudah lama berkawan. Dalam hal ini jika kita hanya pikirkan untuk menghalang dari perasaan itu timbul, adakah ia relevan? Sedangkan jika diubah dengan apa cara sekali pun, perasaan itu tetap ada. Nah! Yang penting sekarang adakah kita sanggup meluahkan apa yang kita rasa pada adik member itu? Jika ya, kamu adalah seorang yang berani. Jika tidak, kamu berjaya menjadi perahsia yang handal. Ataupun sanggupkah kamu hilang kawan hanya kerana kamu ingin mengelak dari berjumpa adiknya? Mudah kan?

Dari sudut lain pula, kita perlu lihat adakah relevan jika kita becinta? Adakah adik member itu boleh terima kamu itu yang mungkin dia anggap sebagai abangnya juga. Bagaimana? hahaha.. jangan terlalu pikirkan itu. Itu biar orang yang ada di situasi itu yang perlu berfikir. Tapi kalau di pendapat saya, apa salahnya? Sekurang2nya kamu juga jujur memberitahu dari hanya hipokrit. kan?

Cinta adalah satu yang abstrak. Kadang2 kita tidak sedar yang kita sedang becinta dengan seseorang. Walaupun susah, ia telah berlaku. Tetapi sekali lagi yang penting bukan jatuh cinta atau bercinta. Menghargai cinta yang ada itu lagi penting dari segala2nya. Jika kita sudah dikurniakan cinta, hargailah dia. jangan biarkan dia sengsara hanya kerana kamu pikir kamu mampu lakukan kecurangan yang nyata akan menghancurkan sesebuah perhubungan. Kita perlu duduk dan hayati jika kita ingin curang. Adakah ia berbaloi?

Sebagai contoh, aku mencintai dia. Adakah aku perlu takut meluahkan apa yang aku rasa pada dia hanya kerana dia adik member aku? Aku rasa aku pikir benda yang tak logika. Aku perlu meluahkan dan biarkan dia yang berfikir. Kan? Nah! Jika luahan telah dibuat, maka jawapannya sudah tidak penting. Jika diterima, maka bercinta lah kami. Jika tidak, anggapkan saja aku ni seperti pungguk rindukan bulan. Seperti yang dicakapkan tadi, bukan menghalang cinta itu datang yang penting. tetapi bagaimana aku nak luahkan pada dia yang penting. Tak gitu?

Sebagai contoh lagi, aku sudah berkahwin. Aku selalu outstation. YA, ada seorang rakan sekerja perempuan bersama-sama aku. Sudah tentu aku sunyi. Adakah relevan untuk aku curang? Sedangkan aku mempunyai isteri di rumah yang satu masa dulu amat susah untuk aku luahkan rasa cinta aku padanya. Hanya kerana aku ditakdirkan mendapat kerja yang selalu outstation, aku perlu curang pada isteriku yang tersayang? Pendapat aku tidak. Tiada apa yang aku dapat jika kecurangan itu berlaku. Aku akan biarkan ia berlalu dan akhirnya aku akan pulang kepada isteriku. Yang benar2 menyintai aku.

Sesungguhnya apa yang berlaku adalah yang terbaik untuk kita. Tuhan tidak akan memberi dugaan kepada hambanya jika hambanya itu tidak mampu untuk laluinya.

p/s: “Saya amat menyintai awak, tetapi saya juga amat menghormati keputusan awak. Saya tahu saya tak berhak menghalang awak untuk tinggalkan saya, tetapi saya berhak untuk tunggu. Walaupun ianya seperti pungguk rindukan bulan.” ………for Z

18
Jan

Everything Changes

Dalam menempuh segala urusan dan dugaan hidup ini, kita kadang2 terlupa yang kita juga kehilangan selain dari apa yang kita dapat on the way itu. Kita sering lupa menghargai apa yang sepatutnya kita hargai. Namun, itulah kehidupan. kita melepaskan yang terbaik dalam hidup ini. Kadang2 kita dapat tebus kembali dan kadang2 ia terus menghilang.

Begitulah jua apa yang berlaku bila kita menempah kejayaan. Kita sering lupa apa yang kita patut lakukan. Sujud syukur kepada ilahi. Namun di situlah letaknya keikhlasan yang seharusnya diberikan. Apabila kita berjaya, mesti ada yang menjadikan kita berjaya. Tidak kurangnya lawan kita yang membuatkan kita juara. Tanpa mereka, kita sudah tentulah hanya menjadi orang bodoh berlawan seorang diri. Kan?

Begitu juga dengan kawan. Kita sering melupakan kawan kita. Tanpa disedari, diri kita sudah tidak disenangi oleh kawan itu. Duduk diam tanpa menghubungi kita dan terus mendiamkan diri. Apabila kita call, dia sudah menjadi orang asing. Tiada lagi bual2 mesra seperti dulu. Hanya kerana kita tidak berpeluang memberitahu hal sebenar. Maka spekulasi berlaku. “Dah sombong kot?” “Ni call aku mesti nak mintak tolong. Dah susah baru nak cari aku.”

Kadang2 kita tidak mahu menghargainya. Hanya kerana diri itu sudah dapat apa yang kita nak, bukanlah bermaksud kita harus lupa apa yang kita tinggalkan untuk mengisi kejayaan itu.

Ingat tak masa kita sama2 melalui jalan itu? Kadang2 takut. Takut sampai kita sendiri tidak mampu nak laluinya seorang diri. Nah! Berdiri seseorang yang kamu tidak kenal dan kamu menyapanya. Lalu kamu berkawan. Jalan yang kamu takuti tidak lagi kamu takut kerana adanya kawan. Apa saja rintangan kamu yakin dapat laluinya kerana kamu yakin dia akan membantumu. Tiba di satu persimpangan. Kamu tidak sehaluan dalam memilih jalan yang harus dituju. Jalan yang kamu ambil itu mungkin sekali ada seseorang yang dapat membantumu.Tanpa kamu sedari, kamu meninggalkannya. Tanpa bantuan, dia pergi mencari teman lain dan kamu juga.

Tanpa kita sedari, satu hari nanti kamu akan bertemu dengannya. Masa itu, adakah kamu akan berkawan baik kembali. Sudah banyak berlaku dan mengubah segala2nya. Kadang2 ia akan menjadikan kamu musuh. Tetapi masa itu kamu harus fikir, kamu dulu pernah berkawan.  

So, why not just pick up your phone and call all your old friends. Mungkin kamu akan dapat sesuatu. Tidak kurang juga kamu akan di’reject’. Yerlah.. Tak semua orang terbuka hatinya untuk menerima kamu kembali.

11
Jan

To The Ship We Go!!

Just one week to go.

Kadang2 aku macam nervous plak nak main tournament ni. Pergh! For the first time aku ngaku nervous. Segala usaha selama ini akan terjawab tahun ini. Tahun ni adalah tahun tournament bagi aku. Aku akan bersungguh2 main tournament sebanyak mungkin! Dan mungkin aku akan bersara selepas ini. Berat aku nak buat keputusan ini tapi hati aku masih nak teruskan tetapi badan aku semakin sakit. Huhu.. Selagi aku boleh, aku akan main. Lau tak, this is time to pass the torch!

Bagi menjawab gambar yang aku baru upload tu, dia ialah pilihan aku untuk bersama sekarang. Aku tahu aku terpaksa memilih untuk bersama dengan siapa skrg tetapi aku tak dapat memilih Lin kerana dia baik dan aku takleh janji dapat memberi perhatian sepenuhnya kepada dia skrg. Jika dia terseksa setelah aku menerima dia, aku yang salah. Aku tahu dia ada baca blog aku ni. Aku harap dia akan paham kenapa aku takleh memberi apa yang dia nak skrang. At least not now. Tetapi bagi insan yang ada pada gambar tu, namanya Zakiah. Aku pilih dia kerana dia sendiri tak tahu aku ni sape. Lebih senang aku adjust untuk perlahan2 menerima dia jika pun dia jodohku. Lau tak pun, aku yakin time tu aku dah bersedia bercinta kembali. But for now, Futsal! Futsal is my life!

“So, Lin. saya harap awak sabar menanti lelaki yang lebih menyayangi awk dari segalanya. Bukan saya. Saya menyintai Futsal. I’m sorry. Saya pilih dia bukan kerana awak kurang apa2. Cuma masa dan keadaan menentukan segalanya. Saya sedar dia mungkin bukan jodoh saya, tetapi saya rela terima risiko itu.”

01
Jan

2009, Here They Come!

2009, menjanjikan seribu harapan yang baru. Bagi aku, semua yang aku usahakan selama ini akan terjawab. Insya-Allah..

Well, aku tgk blog2 aku selama ni pun memang 2008 lah paling banyak aku menulis. Aku menulis kerana aku gembira, sedih dan keliru. Ini semua mainan kehidupan dan aku redha semua yang berlaku. Mungkin aku memang ditakdir sedemikian rupa. Hurm..

Kekuatan yang aku dapat hanya dari bermain futsal. Yup. Call me crazy tapi itu yang wat aku teruskan kehidupan ini. Well, tahun ni aku nak lunaskan janji aku kepada diriku sendiri yang aku akan buat yang terbaik bila main tournament. I-Metro is the 1st. Mungkin banyak lagi akan menyusul. Kena kumpul dana lebih agar dapat menampung yuran n modal. I hope I can do it. Chayok!

Cinta. Hurm.. Baru-baru ni aku ‘crush’ ngan sorang minah nie. Tapi hampeh.. dia sudah berpunya. Hancur hati aku bila dapat tahu. Tapi, better now than never.. I hope she will be happy. hehehe..

Well, 2009 is coming ya.. Better u like it or not! Aku harap ia akan menjadi titik mula kejayaan bagi aku dan semua!