Sometimes it’s hard to be me,
When you got a chance, you take it,
Only to find that it doesn’t meant for you,
You cried, you lies, you failed,
Only to find there’s a light,
To guide you back.
Love me, hate me.
It’s only me,
It’s hard to be yourself,
when everyone wants you to their best.
As i walked down the alley,
I realise it’s only me,
I love you, Missed you,
But I have to let you go.
You’re dead and I’m not,
We’ll meet again, eventually,
Until then it’s enough for you and me.
I’ll walk up pride,
Though it sttill hurts,
because I’m with the thundering herds.
Terkejut aku dapat panggilan dari kawan aku nie. Dah lama tak borak2 ngan dia. Well, aku pun berborak ngan dia. Biar ar. Dia yang bayar bil. Hahaha..
Dia pun bercerita tentang masalah dia. Aku pun dengar lah. Dah jadi kebiasaan aku mendengar permasalahan dia sejak dari sekolah lagi. Tapi aku bukan nak cerita tentang masalah dia. tak manis rasanye.
Aku tergerak pada situasi bila dia kata yang dia hilang kawan. Aku pun cakap ar kat dia yang dalam perjalanan hidup ini memang lah kita akan lalui kita akan meninggalkan kawan kita. Yang tinggal hanyalah kenangan bersama-sama melakukan aktiviti.
Aku pun terfikir sejenak tantang itu semua. Bagaimana aku hanya mampu terkenang tentang member aku yang juga pernah aku lupa dalam perjalanan hidup aku ini. Ada yang terpaksa dan dipaksa. Aku redha apabila mengetahui kawan aku yang salah paham pada aku. Ya lah.. salah aku gak yang malas nak beri penjelasan pada orang selama ini. Walaupun aku dengar yang aku difitnah dan disalah erti, aku akan ambil langkah untuk diam diri dan hanya berkata ini ujian untuk kawan2 aku. Jika dia benar2 kawan aku, dia mesti bertanya tentang aku dari menghukum aku ngan tak angkat call aku dan cakap sambil tak endah saje. So, for now aku rasa aku puas hati ngan apa yang aku buat. Aku memang tak suka pada kawan yang berlakon macam kawan tapi bila dengar citer buruk, tanpa usul periksa, dah hukum aku macam2 sehingga aku dipinggirkan. Life is so short. Takkan aku nak terus berusaha untuk berbaik ngan orang yang takkan paham aku ini.
Ya, walaupun aku kadang2 rindu gak terkenangkan waktu best borak2 kat telefon. Dah tak jumpa, dalam telefon lah jadi agen perantara, kan? Tapi sekarang dah macam totally stranger. Mana taknya, bila call je tanya sape sedangkan nombor telefonku tak pernah berubah. Nampak sangat nomborku dah dibuang. Nanti adalah alasan tukar telefonlah, tukar simcard lah. Hahaha..
Nak buat macam mana, kata orang lau nak hati tu selamat, jangan korek rahsia orang. Nanti kenyataan amat pedih. So, dari aku terus sakit hati, baik aku biarkan jerk. Biarkan dia hidup dalam dirinya sendiri. Mungkin persahabatan kami hanya setakat itu saja. Macam dialog yang aku suka dalam filem ‘Berlari ke Langit’ lakonan Rosyam Noor.
“Larilah engkau sampai ke langit. Aku takkan kejar kau lagi.”