Kenapa kekusutan ini berlaku pada aku? Kata orang, tanpa masalah, hidup ini tak sempurna. Dengan masalah, kita dapat belajar untuk atasinya dan menghalangnya di masa depan. Ya ke? Tak semua masalah kita leh halang, kan? Menghalangnya tidak penting kerana ia pasti datang. Yang penting macam mana nak laluinya dan teruskan hidup selepas itu.
Teringat plak kata-kata dalam citer House musim baru ni yang dah disiarkan di AXN Isnin lalu.
”Close to die is not a problem. Dies is a problem.”
Maksudnya:- Mati akan tetap akan datang dan ia bukanlah masalah sebenar. Selepas kematian itu adalah masalahnya kerana bagaimana kita nak lalui selepas kematian seseorang yang penting & baik ngan kita.
Bukanlah kematian yang berlaku pada aku. Tetapi aku mula sedar selepas aku putus cinta dulu kira2 4 tahun yang lalu, aku lalui kesedihan itu ngan Futsal. Lau ada yang sudi baca blog aku yang lepas, pasti korang akan baca tentang aku ngan futsal aku. Sampai satu tahap aku rasa macam aku takleh nak selesa lau tak main futsal seminggu.
Well, cut it short, baru-baru ini aku ada menghadiri kenduri kahwin makcik aku. Macam biasalah aku pun pergi. Makan free beb! Habis makan je, aku terus balik. Tapi aku macam tak sedap hati jerk. Sejak kebelakangan ni mak aku macam ada nak kenalkan aku ngan budak perempuan ni. Lantas aku pun taklah datang saing ngan mak aku gi sana dan aku tak singgah umah atok aku. Hehehe..
So, aku pun tak lah jumpa. Malam tu plak aku duk bermsg ngan member aku nie. Cakap lah pasal awek nie. Dia pun cakap lah yang aku pun memang dah patut ada GF. Aku cakaplah tentang target aku. Nak menang dalam pertandingan sebanyak mungkin dalam tahun nie. Pastu dia citer pasal adik die yang aku tak pernah aku kenal. Dia suh aku tackle plak adik dia nie. Huhu..
Aku pun ngorat budak tu. Tapi… KITA TUNGGU DI LAIN POSTING!!!