Archive for May, 2009

18
May

Kenapa Susah untuk Dia Paham?!

Ke kiri aku hilang,

Ke Barat aku sesat,

Kini aku di dasar bumi,

Yang aku sendri tak pernah terokai.

Mungkin saja petikan sajak di atas sesuai untuk aku. Entahlah, jauh di sudut aku masih memerlukan dia tapi, aku mulai sedar yang aku takkan memiliki dia sebegini. Benarkah kata-kata yang menyebut, “Jika kamu sayangkan dia, maka lepaskan dia. Jika benar dia milikmu, dia pasti akan kembali. Entah lah.. Berat hati aku nak lepaskan dia, tapi jika difikirkan adakah berbaloi aku menaruhkan seluruh jiwa raga dan perasaan aku kerana kata-kata di atas?’

14
May

Never Give Up!

Semalam teruk aku kena bantai masa main futsal ngan budak CIMB di Seremban. Entah apa masalah antara diorang entah, diorang terlalu robust semalam. Aku macam biasalah tunjukkan aksi yang biasa aku buat. Kekadang aku merasakan yang aku ni menyusahkan mereka jerk. Atau mungkin itu semua adalah perasaan aku sahaja. Yerlah mana tak nya aku cuma menumpang sajer bermain ngan diorang kerana Bank Islam, tempat aku bekerja kurang aktif dalam ini semua dan aku berasa sedikit kecewa ngan prestasi dan komitmen yang diberikan oleh Sambal FC. So, aku pun main ngan team CIMB yang diperkenalkan oleh Naen@Mahpot.

Dalam mencapai cita-cita aku, aku perlukan banyak pengorbanan. Aku juga sedar yang aku belum mencapai kehendak atau prestasi untuk bergelar juara seperti yang aku idamkan selama ni. Yang penting ialah sekarang ni aku tak perlu putus asa dalam mencapai cita-cita aku nie. Aku yakin yang aku leh menjadi ketua pasukan bagi Sambal FC dan menjadi juara,

Well, time is running out dan badan aku dah semakin sakit. Semalam masa aku bermain ngan team CIMB, kecederaan lama aku berulang kembali. Tulang rusuk kiriku seakan-akan sakit balik. Nah! Takkan aku akan jadi punca kekalahan lagi nanti? 24.5.2009 ni ada tournament kat Tangkak dan aku nak bermain dengan semangat. Well, aku tak perlu putus asa sekarang.

Teringat kata-kata,

“Why do we need to be strong? Cause in the end, where does strong brings you?”

05
May

Manalah Aku Tahu

Sejujurnya cinta itu milikku,
Sejak kau balas panggilanku,
hingga kau buat ku terkaku,
Kelu lidah badan terkaku

Kau punyai semua,
Harta dan rupa,
Sayang bukan milik kita

Ku kurang semuanya,
harta dan juga rupa,
Cuma sayang mikku.

Manalah kutahu,
permainan cinta ini,
Harta dan rupa jadi penentu,
Ketulusan hati ini.

03
May

Lilin & Bunga Api

Seorang puteri raja telah dilamar oleh dua orang lelaki. Seorang putera raja dan seorang penjual roti. Kedua-duanya sama hebat. Tetapi Si Pteri tahu dia perlu memilih antara satu. Jadi, Si Puteri meminta hadiah dari kedua-duanya. Hadiahnya mesti benda yang boleh menerangi di waktu gelap.

Pada keesokan harinya dapat Si Puteri dua bungkusan hadiah. Satu dari putera raja yang berisi bunga api dan satu lagi dari penjual roti berisi lilin. Semalaman SI Puteri berfikir dan akhirnya Si Puteri memilih penjual roti.

Kenapa Si Puteri memilih Si Penjual Roti?
Persoalan ini menarik perhatian aku. Yerlah. Aku pun sebenarnya bukanlah peminat besar cerita melayu lama ni. Yerlah lakonan Ogy Ahmad Daud. Manalah aku nak engok sangat. Tapi semalam mak aku ada bukan TV masa aku tengah enak makan. Maka, aku tertengoklah cerita ini.
Ceritanya amat simbolik dan aku kagum dengan cerita ini. Jawapan kenapa Si Puteri lilin memilih Si Penjual Roti ialah kerana lilin yang dinyalakan lebih lama menyinari kegelapan dari bunga api yang nampak indah, tetapi tidak lama.
Aku kurang pasti kerana lilin juga akan ada tamat tempohnya. Mungkin lebih lama dan mungkin bila habis, nyawa kita juga sudah habis. Tapi aku suka simbolik yang digunakan. Melambangkan hidup sebelum kahwin sebagai kegelapan dan pasangan kita yang memberi keterangan dalam kegelapan kita. Cool. I like that.
Kiranya kalau nak simbolik semasa melamar nanti, aku perlu kata sebegini;

“A*i*A, sudikah awak menerima lilin dari saya untuk menerangi kegelapan awak?”

Bagi yang tak paham, mahu dia gelakkan aku nanti. Hahaha..

That’s all folks. May god be with us.