Sekali lagi aku berbangga mengatakan aku gagal lagi. Kali ini aku yang mengalah dulu. Walaupun aku bukan yang begitu, namun aku perlu ambil kira hati aku ini.
Pencipta futsal, aku berterima kasih kerana mencipta permainan ini. Aku leh bangga mengatakan yang aku telah berjaya mengatasi kekecewaan aku sekali lagi dengan Futsal. Aku leka dah seminggu aku dapat tahu yang aku ni tak layak untuk dia. Aku hanya picisan saja. Tapi dengan Futsal, aku adalah segala2nya. Sambal FC aku adalah captain walaupun sering aku bebankan pada Ayol yang mungkin akan menggantikan aku kelak. CIMB, aku mula dapat tempat dalam team ini walaupun aku bukan dari CIMB. Bank Islam, aku mula setup team. Sekali lagi aku jadi kepala mengelola semua ini.
Apa yang telah buat aku ingat pada dia hanyalah gambar dia yang aku cuci menggunakan printer Canon MP145 yang baru aku beli tempoh hari. Hurm.. Tapi aku pasti tertidur kerana aku sudah pastinya sudah penat ketika itu. Dia tidak bersalah. Tetapi aku perlu jaga hati aku ini.
Chayok Sambal FC