Kadang dalam hidup ini penuh dengan dugaan dan kadang-kadang kita lupa orang yang paling menyayangi kita.
Well, bagi aku, Mak dan Abah aku lah yang paling aku sayang dan hormati. Hehehe.. Aku selalu gelarkan parents aku sebagai Superman & Wonderwoman. Nak tahu apa akan jadi bila dua superheroes itu berkahwin? Maka jadiklah 4 orang raksasa, 4 Horseman, 4 Ukage! Hahaha..
Well, mak, abah.. kitorang semua sayangkan mak abah. Aku tak tahu nak bagi diorang apa masa ini. So, aku terlihat TV LCD ada sale kat tempat aku ni, aku tgk dan aku pun berkenan pada Toshiba Regza 32″. Tanpa teragak2 aku berniat nak belikan mak bapak aku TV nie. TV kat umah tu pun dah lama n perlu diganti. So, budget tahunan aku nak beli HP tahun nie aku beri pada pembelian TV tu khas buat diorang berdua yang aku sayang. Hurm..
Masa aku pasang TV tu, aku terlihat kat VCD lama yang masih terpasang kerana speakernya masih elok lagi. Betapa ketika itu aku memaksa mak bapak aku beli benda tu. RM2,000.00 tau. Diorang leh adakan untuk aku. Hurm.. Tak ternilai kerana aku beli TV ni pun tak sampai harga tu.
0 Responses to “Mother’s & Father’s Day..”
Leave a Reply