21
Jul
09

I-Metro!! Zon Selatan!!

Wah! aku telah lepas gi main I-Metro Zon Selatan pada 18.7.2009(Sabtu lepas). Pergh! Bayangkan persiapan aku selama 2 bulan akan teruji pda satu tournament saje.

Bertolak pada Jumaat malam terus gi JB. Dengan penatnye.. Ayol yang drive. hahaha.. Pendekkan citer, kitorang sampai kat umah An kul 12:30 malam.. Anoh pun dah sampai. Kitorang makan, dan terus tidor!

Keesokkannye, aku terjaga dan aku teringat! IC! Ali bawak ic dia tak nie?? Aku tanya dia dan confirm dia tak bawak. Aku pun bergegas balik Muar balik dan nasib baik mak bapak aku ada kat Sg Gersik. Mintak diorang naik ke Ayer Hitam, aku tunggu diorang kat sana. Aku sampai dan tak lama kemudian mak bapak aku pun sampai. Cian diorang aku susahkan lagi. So, minum jap ngan diorang dan aku pun teruskan perjalanan kembali ke JB!

Seronok gak dapat main kat I-Metro nie.. Yang paling aku suka ialah, ada beberapa kelemahan dapat diatasi dan persefahaman semakin OK!

Yup! Kami kalah! 1st game kalah 1-0 dan 2nd game kalah 7-0!

aku bersyukur gak kerana dalam tournament kali ni dapat tunjukkan kelebihan kitorang dan kelemahan yang paling ketara. ini telah membuatkan aku membatalkan hasrat aku untuk bersara. malah menguatkan aku untuk terus berusaha dan yang penting melatih member2 aku untuk pebaiki permainan mereka. dengan pengalaman aku yang kecik nie, aku harap dapat membantu Sambal FC..

Well, tournament kali ni gak memberi aku satu pengajaran bahawa keakraban dalam persahabatan sangat penting walaupun dalam permainan seperti Futsal. Kalaulah ahli pasukan aku dapat baca blog nie, aku nak ucapkan jutaan terima kasih kerana selama ini memberi aku peluang untuk menjadi ketua korang dan menjadikan aku bersemangat seperti sekarang. Aku janji takkan putus asa untuk membantu korang semua.

GANBATTE SAMBALIANS!!!




0 Responses to “I-Metro!! Zon Selatan!!”


  1. No Comments

Leave a Reply